Thursday, July 13, 2006

Mohd Rasul-Nasihat ustaz Zamri

“Beginilah...,” kata ustaz Zamri memulakan bicaranya. “Awak pun sudah melakukan sembahayang hajat dan sebagainya. Seperti yang saya selalu nasihatkan kepada pelajar-pelajar yang lain, awak baliklah bertemu dengan orang tua, mohon restu dari mereka.”
Mohd Rasul dan kawan-kawan yang lain mendengar tanpa menyampuk. “Mungkin apa yang dilalui oleh Zainudin dan Sarimah tidak sama dengan apa yang awak bakal lalui.”
Kata-kata nasihat itu lebih ditujukan kepada Mohd Rasul. Manakala kawan-kawan yang lain tumpang mendengarnya. Bolehlah dijadikan panduan di masa akan datang.
“Saya memang sayangkan awak berdua. Kalau boleh saya hendak lihat awak berdua selamat mendirikan rumah tangga. Seperti Zainudin dan Sarimah.”
Saya ada ceritakan kepada ibu bapa saya serba sedikit tentang hal ini dan mereka tidak membantah.”
“Ada awak beritahu mereka masalah yang timbul ini?”
Mohd Rasul menggelengkan kepalanya lalu menjawab, “Belum...”
“Beritahulah apa-apa perkembangan yang berlaku nanti. Saya juga bersedia membantu. Kalau Tengku Diana mahu saya bertemu dengan keluarganya, saya bersedia. Mudah-mudahan mereka dapat berlapang dada dan mendengar apa yang saya akan katakan.”
Abdul Razak dan kawan-kawan yang lain turut bersimpati terhadap Mohd Rasul. “Bagaimana kalau keluarga Tengku Diana tidak bersetuju?”
“Kita tidak mampu masuk campur di dalam urusan keluarga kecuali Tengku Diana minta pertolongan dari kita,” jawab ustaz Zamri.
Lama mereka termenung berfikir. Alif pula berkata, “Kalau keluarga Tengku Diana menolak bermakna putuslah hubungan ini!”
“Insyaallah...kalau jodoh tidak ke mana.”
“Kalau tidak ada jodoh pula bagaimana?” tanya Alif lagi.
“Kalau sudah memang mereka berdua tidak ada jodoh, kita tidak dapat berbuat apa-apa,” jawab ustaz Zamri. “Lagi pun, Tengku Diana ada memberitahu saya, dia tidak mahu menaruh harapan yang tinggi tetapi dia rasa perlu menyatakan hajatnya kepada kedua ibu bapanya. Kalau mereka membantah, dia tiada pilihan melainkan akur.”
Mereka semua menoleh ke arah Mohd Rasul yang masih berdiam dari tadi. Abdul Razak bertanya pula, “Adakah Tengku Diana memberitahu awak akan hal ini?”
Mohd Rasul mengangguk.
Ustaz Zamri berkata, “Ketika Tengku Diana memberitahu saya, Mohd Rasul pun ada sama.”
“Macam tidak bersungguh-sungguh sahaja!” sampuk Roslan.
“Habis! Awak hendak suruh mereka kahwin larikah?” tanya Abdul Razak pula.
“Takkan awak hendak suruh mereka berjanji sehidup semati, lautan api sanggup direnang gunung sanggup diredah pula!” ustaz Zamri pula menambah.
“Tidaklah begitu maksud saya tetapi memadaikah usaha Tengku Diana setakat memberitahu hajatnya sahaja tanpa apa-apa usaha yang lain?”
Mereka kembali menoleh ke arah Mohd Rasul. “Apa yang kami mampu lakukan sekarang ialah sembahyang hajat semoga Allah lembutkan hati kedua ibu bapanya. Saya juga tidak mahu Tengku Diana melakukan apa-apa tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan mereka.”
“Baguslah kalau awak boleh berfikir begitu. Kita hanya merancang. Jangan sampai kita bertindak melawan takdir pula.”

5 Comments:

Blogger Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

11:23 AM

 
Blogger Puan Ainon Mohd. said...

Wah! Dah masuk babak ehem ehem Mohd Rasul kita ni.....

6:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

This is very interesting site... Ovens siteau Cell phone plans at shopping.com bextra stroke philadelphia bextra stroke pennsylvania topstrokeinfo.info ford ka convertible Retrieve deleted files in xp Web design templates online shopping Buick radio lock code where can i purchase phentermine cheap

4:22 PM

 
Anonymous Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it video editing programs

12:03 PM

 
Blogger zulkarnai is an Army Personel. said...

Bagus bila kita selalu membaca blog terutama untuk menambah pengetahuan...

11:04 AM

 

Post a Comment

<< Home