Friday, September 29, 2006

Ibu membesarkan kita


Mengenang kembali saat bersama ibu memang indah. Terlalu banyak kenangan indah bersama ibu. Apabila tiba waktu melahirkan, dengan penuh jerit payah maka lahirlah kita ke dunia. Lahir sahaja kita ke dunia, ibulah yang paling bahagia menyambutnya. Tidak kiralah kita ini lelaki maupun perempuan. Hitam atau putih, montel atau kurus kering, bermata bulat atau sepek, berhidung mancung atau pesek, semua itu tidak menjadi hal baginya. Ibu menerima kita seadanya.....dengan satu ciuman pembuka tirai kasih. Pada pandangan matanya, kita adalah anak yang paling cantik di dunia ini....kitalah permata hati ibu...

Seteguk susu ibu menghilangkan haus merasmikan bibir comel kita menyentuh makanan di dunia baru. Susu ibulah yang pertama masuk ke dalam rongga tekak kita. Bersama belaian kasih tangan lembut ibu mengusap penuh mesra di dalam dakapannya, kita menikmati makanan enak yang tiada tandingannya di dunia ini. Susu ibu. Betapa anugerah Allah berikan untuk kita nikmati bersama dakapan mesra ibu yang tiada tolok bandingnya. Inilah satu satunya santapan istimewa yang penuh mesra di dalam dakapan ibu.

Dari sehari ke sehari, umur kita bertambah. Dari usia sehari meningkat ke seminggu. Dari seminggu menjadi sebulan. Dari sebulan kita terus membesar sehingga berusia setahun. Kita semakin petah bercakap walaupun kadang kala pelat dan tersangkut sangkut sambil air liur menitis setiap kali mengeluarkan melepaskan kata kata. He...he...he...Sungguh melucukan kita diusia itu. Pastinya kehadiran kita menjadi penyeri hidup ibu dan sumber inspirasinya.

Kita semakin meningkat usia. Dari setahun kesetahun. Kita semakin bijak. Pantas berlari ke sana ke mari. Ibu tetap sabar mengejar kita dan menyambut kita apabila kita dengan sengaja terjun dari meja atau almari. Betapa nakalnya kita diketika itu namun ibu tetap tersenyum mengusap kepala kita di kala kita tidur kelelahan dek kerana penatnya berlarian. Ibu juga tidak kurang penatnya menguruskan kita lebih lebih lagi mengawasi kita sepanjang hari.

Meningkat usia lima atau enam tahun kita dihantar ke tadika. Seawalnya ibu mahu kita pandai serba serbi walaupun yang kita tahu hanya untuk berseronok sahaja ketika itu. Apa yang diajar kadang kala langsung kita tidak faham tetapi kita tetap suka ke tadika. Di situ kita mempunyai ramai rakan sebaya. Boleh bermain walaupun perlu juga belajar. Minat kita pula mula terserlah. Melukis, mewarna, menyanyi, berlakon, mereka cipta dan sebagainya. Lebih lebih lagi apabila cikgu cikgunya juga bagus seperti ibu kita. Penyayang.

Alam persekolahan membuka luas mata kita. Ramai kawan di sekeliling. Kita pula semakin pandai bergaul. Berlakulah saingan, kejar mengejar di dalam mencapai kejayaan di dalam subjek yang dipelajari terutamanya subjek yang merupakan kesukaan kita atau guru subjek itu kita suka. Secara langsung kita juga akan menyukai subjek yang diajarnya. Alam baru yang semakin mencabar ini terus kita terokai ditemani ibu sebagai tempat mengadu.

"Buku latihan saya sudah habis dan perlu dibeli buku baru," kita sering merengek.

"Ibu akan belikan," jawaban ibu sentiasa menenangkan hati kita. "Bersabarlah...."

Tentu sahaja kita akan membalas jawaban ibu dengan pelukan atau sekurang-kurangnya senyuman manja bersama ucapan, "Terima kasih, ibu..." Walau pun kadang kala kita pernah juga dengan tidak sengaja membentak kerana hajat tidak dipenuhi. Bagi ibu, kitalah keutamaannya.

Satu kisah yang berlaku ketika seorang ibu dari sebuah dusun menziarahi Aisyah, isteri Nabi Muhammad, bersama dua anak perempuannya yang masih kecil. Aisyah menghidangkan tiga biji kurma dan hanya itulah sahaja yang ada untuk tetamunya itu.

"Silakanlah makan kurma kurma ini. Hanya inilah sahaja yang ada."

Ibu itu langsung menghulurkan sebiji kurma kepada anak perempuannya setiap seorang manakala sebiji lagi dibiarkannya di dalam piring. Kurma itu tidak dimakannya. Ibu itu terus berbual dengan Aisyah manakala anak anaknya dibiarkan bermain-main tidak jauh dari mereka. Seketika kemudian, kedua dua anak perempuannya berlari mendapatkan mereka semula. Ibu itu tersenyum lalu mengambil sebiji kurma yang berbaki di dalam piring lalu membelahnya. Setiap anaknya diberikan separuh seorang. Aisyah hanya mampu memerhatikan perbuatan ibu itu dengan perasaan terharu.

Alam persekolahan berterusan pula ke peringkat menengah. Kita semakin bijak berkawan. Lebih lebih lagi hampir seharian kita berada di sekolah. Di manakah ibu di waktu itu? Sudah tentu ibu di rumah sekiranya ibu seorang suri rumah dan sudah tentu ibu berada di tempat kerjanya sekiranya ibu kita bekerja. Kita mula belajar menguruskan tanggongjawab sendiri. Membeli keperluan kita sendiri dan cuba tidak menyusahkan ibu lagi sehingga kadang kala untuk berbual dengan ibu pun kita semakin tidak berkesempatan. Mengapa? Ibu sibuk atau kita yang sibuk?

Ibu tidak sekali-kali jemu apatah lagi bosan memberi didikan supaya hidup kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang yang Maha Pencipta. Ibu mengenalkan kita kepada Pencipta yang Maha Agung lalu kita diajar menyembahNya. Kita belajar sembahyang. Kita diperkenalkan dengan Nabi Muhammad, Nabi akhir zaman. Ibu tidak pernah mengeluh bercerita pelbagai kisah untuk kita jadikan pedoman dan teladan hidup.

Allah menyatakan di dalam al Quran yang bermaksud, "Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu dia memberi pelajaran kepadanya, 'Anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya menyekutukan Allah benar benar kezaliman yang besar."
(Surah Luqman: ayat 13)

Walau apa pun, pandangan ibu tidak pernah lepas dari memerhatikan kita. Anaknya. Permata hatinya. Kita diajar hidup mengurus diri sendiri dan ibu tidak ragu ragu memberi saranan setiap kali kita mengajukan soalan atau apa apa sahaja yang musykil di hati. Begitulah dari sehari ke sehari kita semakin meningkat dewasa. Fizikal kita turut berubah. Ketinggian kita juga hampir tinggi dengan ibu malah ada yang lebih tinggi dari ibu!

"Anak ibu sudah dewasa!"

Mohd Rasul - Panggilan telefon dari kampung


“Ayah saya kelihatan semakin uzur,” keluh Mohd Rasul di pagi raya.
Hari raya kali ini mereka sambut di rumah keluarga Tengku Diana manakala menyambut puasa di rumah keluarga Mohd Rasul.
“Kalau begitu, kita singkatkan beraya di sini dan pulang ke kampung awak.”
“Apa pula kata emak dan ayah awak nanti?”
Tengku Diana terdiam. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil memerhatikan Uwais bermain-main sendirian. Pagi raya mereka sama-sama ke masjid berdekatan menunaikan sembahyang hari raya. Pulang dari masjid, mereka saling bersalaman sambil memohon dimaafkan segala kesilapan dan keterlanjuran sepanjang tahun.
“Marilah sarapan! Saya lapar!” kata Tengku Azam, adik bungsu Tengku Diana yang sedia duduk menunggu yang lain.
Ketika mereka bersarapan, tiba-tiba telefon berdering. Tengku Azam berlari mendapatkan telefon yang disangka kawannya menelefon.
“Panggilan telefon untuk abang Rasul!”
Mohd Rasul segera berhenti makan dan mendapatkan gagang telefon di tangan Tengku Azam. Semua mata memerhatikan Mohd Rasul yang lebih banyak mendengar dari bercakap.
“Panggilan dari siapa?” tanya Tengku Diana.
“Dari kampung....ayah sedang nazak. Semua keluarga sudah berkumpul sejak malam tadi.”
Mereka yang sedang bersarapan terhenti seketika dan menumpukan perhatian kepada Mohd Rasul yang bercerita dengan sebak keadaan ayahnya.
“Baliklah segera. Mudah-mudahan sempat berjumpa untuk kali terakhir,” kata Pak Engku sambil menepuk bahu Mohd Rasul.
Mak Engku segera bangun diikuti oleh Tengku Mahsuri. Mereka memasukkan beberapa lauk ke dalam bekas untuk bekal di dalam perjalanan. Tengku Diana dan Mohd Rasul pula sibuk berkemas di bilik mereka. Jam menunjukkan pukul sebelas pagi.
“Berhati-hati di jalan raya. Jangan tergesa-gesa,” pesan Pak Engku sebaik sahaja mereka bersedia bertolak. “Semoga Allah berikan yang terbaik untuk ayah Rasul. Sampaikan salam kami semua.”

Monday, September 25, 2006

Kisah Cinta nan Indah


Pertemuan dua hati oleh Allah melalui sebiji epal....

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan anginnya bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini untuk berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh sendirian lalu duduk di tepi sungai.

Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Dia berasal dari keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Ketika dia sedang berzikir, terpandang olehnya sebiji epal hanyut di tebing sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak awal pagi berbunyi beberapa kali. "Mungin ini rezeki untuk saya," katanya lalu mengambilnya.

Abu Salleh memakan sebiji epal itu sehingga habis. Tiba-tiba dia berdiri dengan wajah yang terkejut, "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai."
Abu Salleh berjalan menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati kesekeliling kalau-kalau ada pokok epal di situ. Jauh dia berjalan meninggalkan pekan Jilan. Dia terus berjalan sehingga akhirnya dia menemui sebuah ladang epal

"Syukurlah akhirnya saya menemui ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemuinya."

Abu Salleh terus memasukki ladang epal itu dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah, berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga. Beliau ialah seorang yang kuat beribadat dan disegani oleh penduduk di kawasan itu.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya memakannya," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah.

Sheikh Abdullah memerhatikan Abu Salleh untuk beberapa ketika lalu tersenyum. Dia menarik nafas panjang dan berkata, "Saya boleh memaafkan saudara dengan satu syarat."

"Katakanlah apakah syarat itu? Saya akan memenuhinya."

"Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun!"

Tanpa banyak soal, Abu Salleh mengangguk dan menyatakan persetujuannya. Bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu selama dua belas tahun dengan penuh amanah dan tanggong jawab. Sheikh Abdullah memerhatikan tingkah laku Abu Salleh sepanjang tempoh itu dan mula tertarik hati. Dia bercadang untuk mengahwinkan puterinya dengan Abu Salleh.

Akhirnya tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkanlah epal yang saya makan itu."

Sheikh Abdullah terpegun dengan kata-kata Abu Salleh yang jelas menggambarkan dia adalah seorang anak muda yang jujur lalu dia berkata, "Saya akan mengenakan satu lagi syarat ke atas saudara."

"Katakanlah syarat itu, saya akan tunaikan."

"Syaratnya ialah, saudara mesti mengahwini puteri saya. Tetapi biarlah saya berterus terang tentang keadaan puteri saya itu."

"Katakanlah! Saya akan mematuhinya."

"Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua untuk saya memaafkan saudara?"

Sejenak Abu Salleh termenung membuatkan dada Sheikh Abdullah berdebar-debar. Akhirnya Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan tersenyum, "Saya akan mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu."

"Baiklah. Saya akan menghalalkan sebiji epal yang saudara makan itu sekiranya saudara mengahwini puteri saya."

Maka berlangsunglah satu majlis perkahwinan di antara Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah. Pada malamperkahwinan itu, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam.kepada isterinya. Sebaik sahaja isterinya menoleh ke arahnya. Wajah Abu Salleh berubah kerana dia amat terkejut lalu berlari ke ruang tamu menemui bapa mertuanya, Sheikh Abdullah.

"Adakah seorang perempuan lain di dalam bilik pengantin? Di manakah isteri saya yang lumpuh, buta, pekak dan bisu itu?"

Sheikh Abdullah tersenyum mendengar pertanyaan Abu Salleh lalu menjawab, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itu ialah puteri saya, Ummu Khair Fatimah. Saya mengatakan dia lumpuh kerana kakinya tidak pernah menjejak ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara yang terlarang. Saya katakan dia buta kerana dia tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia."

Tersenyumlah Abu Salleh sebaik sahaja Sheikh Abdullah menghabiskan kata-katanya lalu dia menadah tangan, "Ya Allah! Hambamu mengucapkan syukur yang tidak terhingga!"

Hasil perkawinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud, Yang menghidupkan Agama!

Wednesday, September 20, 2006

Badar di bulan Ramadhan

Sinar panas terik mentari
Menyinar jelas pemandangan sahara
Debu pasir berterbangan ke udara
Pabila dilintasi sekelompok kuda

Pacuan hebat hentakan kakinya
Terpercik bunga-bunga api
Begitunya hebat kuda-kuda perang
Berlari pantas mengikut arahan

Kepanasan sahara tak menjadi alasan
Untuk tidak mengangkat senjata
Begitu hebat pengabdian mereka
Tentera Badar di medan tempur

Biar bibir kering namun
tak henti henti berzikir
Sesekali melaung kalimah Allahu Akbar!
Biar bergetar semangat juang
Dalam mengejar hanya satu cita cita iaitu
Syahid…..

Aku meneliti sejarah silam
Buat pembakar semangat diri
Sesekali hidup dilanda musibah
Sejarah silam mengingatkan diri

Betapa hebat mereka hadapi
Ujian datang bersilih ganti
Tetapi mereka berjaya harungi
Hanya kerana suatu perkara….

Sabar mengharung segala derita
Berserta yakin bahawa Allah
Ada disamping bersama doa
seluruh penghuni langit dan bumi

Thursday, September 14, 2006

Ibu...saya amat menyayangimu

Kenali ibu

Tentu sahaja kita semua maklum siapa ibu kita. Ibu yang mengandungkan kita selama sembilan
bulan sepuluh hari. Sepanjang kita di dalam kandungannya, ibu tetap menjalankan aktiviti harian seperti biasa sedang kita pula semakin membesar di dalam perutnya. Ibu menguatkan dirinya ke sana ke mari membawa kita ke mana sahaja. Tidak kurang juga setengah ibu yang terpaksa terlantar di katil sepanjang mengandungkan kita kerana lemahnya badan ibu yang mungkin mengidap pelbagai penyakit namun berdegil untuk melahirkan kita walau pun terpaksa menanggong pelbagai derita.

Allah menyatakan di dalam al Quran yang bermaksud, "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah dan menyusukannya selama dua tahun."
(Surah Luqman: ayat 14)

Seorang pemuda pernah bertanya kepada Nabi Muhammad, "Siapakah yang paling berhak saya layani sebaik-baiknya?"
"Ibumu."
"Siapakah lagi?"
"Ibumu."
"Siapakah lagi?" pemuda itu mengulangi soalannya apabila Nabi Muhammad memberi jawaban yang sama.
"Ibumu."
"Siapakah lagi?"
"Ayahmu."

Hebat sungguh ibu di sisi Allah sehingga Nabi Muhammad mengulanginya sebanyak tiga kali. Ya. Dialah ibu. Ibu kita. Ibu yang sanggup membusungkan perutnya menanggong segala kepayahan, mengusung kita ke sana ke mari selama sembilan sepuluh hari. Ibu yang sudi melahirkan kita ke dunia ini. Ibu yang sanggup berbuat segala galanya hanya untuk memastikan kita sentiasa sihat dan gembira.

Oh! Ibu.....betapa mungkin aku memandang sepi akan hadirmu disisiku sedang dirimu sentiasa merasai hadirku di dalam hidupmu......Oh! Ibu....betapa besar pengorbananmu....betapa mulianya dikau di sisi Yang Maha Pencipta....

Tuesday, September 12, 2006

Kisah Mohd Rasul

Kita akan terus diuji
“Ada hikmahnya Allah sediakan semua ini untuk kita lalui. Inilah ujian untuk kita,” nasihat Mohd Rasul kepada Tengku Diana yang terasa hiba melepaskan tadika yang amat memberi makna kepadanya sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang malam.
Tengku Diana baring di ribaan suaminya sambil termenung panjang dan cuba berfikiran positif sepertimana suaminya. Memang ianya tidak semudah yang diucapkan baginya. “Sedih sungguh rasanya segala usaha kita selama ini runtuh begitu sahaja.”
“Ada orang diuji dengan kesenangan tetapi Allah uji kita dengan kepayahan. Itu lebih mudah untuk kita menyedari bahawa kita sedang diuji berbanding orang-orang senang yang tidak sedar mereka sedang diuji!”
“Saya akui, saya tidak sekuat awak menghadapi semua ini. Setiap kesakitan yang saya alami sehingga kini sangat terkesan di hati saya.”
“Saya faham.....awak banyak menanggong penderitaan selama ini. Banyakkan bersabar,” pujuk Mohd Rasul sambil mengusap kepala isterinya. “Nabi dan sahabat-sahabatnya juga tidak putus-putus diuji. Itu tanda kasih sayang Allah untuk tingkatkan kedudukan kita di sisiNya.”
Air mata Tengku Diana mengalir. Hujung tahun sudah hampir berakhir. Tadika Seri tidak akan beroperasi lagi. Dia bingkas bangun dan duduk di samping suaminya lalu menarik nafas panjang.
“Benar. Saya dapat merasakan lebih rapat denganNya. Saya semakin banyak mengadu dan meminta pertolonganNya.”
“Masih banyak lagi nikmat Allah yang ada bersama kita. Yang akan dilepaskan itu cuma sedikit sahaja!”
Kata-kata Mohd Rasul membuat Tengku Diana kembali bersemangat untuk meneruskan hari-hari seterusnya.
“Saya sudah mendapat pembeli semua barang-barang tadika!”
“Baguslah kalau begitu. Bila mereka akan mengambil semuanya itu?”
“Malam esok!”
Sejurus kemudian, azan subuh berkumandang memecah kedinginan pagi yang masih gelap di luar. Tengku Diana mengejutkan anak-anaknya untuk menunaikan sembahyang subuh bersama-sama.

Anak Penggali Kubur

Cuti panjang hujung tahun
“Elok juga setengah bulan berpuasa, cuti persekolahan,” kata Mak Munah memerhatikan Pak Hamid mengopek kelapa tua. “Dapatlah mereka menghabiskan bulan ramadhan dengan lebih selesa waktu cuti ini.”
“Nabi dan sahabat-sahabat pernah berpuasa ketika di dalam peperangan. Mereka cuma pergi dan balik ke sekolah.”
“Itu lainlah halnya. Anak-anak kita ini masih kecil lagi. Apabila berpuasa di waktu cuti sekolah tentu mereka lebih bertenaga.”
“Sebab itulah kita latih anak-anak berpuasa sejak kecil lagi supaya mereka dapat bertahan penat, lapar, haus berjalan kaki pergi dan balik ke sekolah.”
“Ya. Saya sangat berbangga dengan anak-anak kita. Mereka tidak pernah merungut dan akur sahaja dengan kata-kata kita,” Mak Munah berkata dengan perlahan. “Kadang-kadang saya kasihan melihat mereka.”
“Mereka faham kita berikan apa yang terbaik yang kita mampu.”
“Awak lihatlah siapa kawan-kawan Amir dan Salmi....mereka tidak ada kawan.”
“Tidak mengapalah. Biar kita sahaja menjadi kawan-kawan mereka berdua.”
“Kata mereka, semua kawan-kawan di sekolah tidak mahu berkawan dengan mereka sebab mereka anak penggali kubur.”
Pak Hamid hanya tersenyum tawar. Dia memang maklum hal itu. Amir dan Salmi juga pernah menangis berceritakan hal itu suatu ketika dahulu. “Asalkan mereka tidak lemah kerana tidak ada kawan lalu tidak mahu ke sekolah sudahlah! Perasaan dan hati mereka kenalah dijaga. Mereka banyak menyimpan rasa.”
“Ya. Itulah doa saya supaya anak-anak kita tabah dan cekal untuk terus bersekolah.”
“Lagi pun buka tahun baru nanti, Amir akan masuk ke darjah enam,” tambah Pak Hamid. “Ada peperiksaan besar untuk naik ke sekolah menengah.”
“Ya. Saya tahu itu. Kata Amir selepas raya, sekolah akan adakan kelas tambahan setiap hari.”
“Baguslah kalau begitu. Tidaklah terbuang masa begitu sahaja sepanjang cuti sekolah nanti.”
Sabut kelapa tua yang sudah dikopek dikumpulkan oleh Mak Munah ke dalam satu bakul lain. Ia akan dijual kepada seorang peraih. Sabut-sabut itu akan dijual ke kilang yang akan membuat alas kaki manakala kepingan kelapa tua yang siap dikopek dimasukkan ke dalam sebuah bakul lain. Pekerja tok penghulu Simpang Satu akan datang mengambilnya. Walaupun upahnya hanya beberapa sen sebiji, cukuplah untuk membeli beras dan minyak tanah bagi kegunaan beberapa hari.
“Apa juadah berbuka puasa kita petang ini?”
“Saya rebus pisang. Kurma yang tok penghulu bagi tempoh hari pun masih ada lagi.”
“Itu pun mereka berdua sudah pulang!” kata Pak Hamid memerhatikan Amir dan Salmi melangkah tidak sepantas hari-hari biasa. “Lihatlah betapa longlainya langkah mereka.”
“Tengah hari begini memang meletihkan berjalan kaki pula.”
Kedua beradik mengucapkan salam kepada kedua ibu bapa mereka yang duduk di bangku tepi pondok.
“Berehatlah....” kata Mak Munah lalu mengikut anak-anaknya masuk ke pondok.
“Hari ini hari terakhir bersekolah. Kami akan bercuti panjang!” jerit Salmi sambil tersengih lalu menghumbankan badannya ke tilam.

Monday, August 14, 2006

Tunjuk ajarku Sifu!

Daripada bengkel-bengkel jibunsyi yang dihadiri, pertama yang perlu dilakukan apabila hendak memulakan sesuatu penulisan terutamanya novel ialah menulis sinopsis.
Merangka sinopsis menggunakan gabungan model Fish Bone dan KJ Method amat memudahkan sesuatu penulisan. Daripada sinopsis itu, kita boleh memulakan penulisan novel atau cerita di mana-mana episod yang kita suka.
Perkara paling menarik yang saya pelajari di dalam penulisan novel ialah persediaan diri kita sendiri. Dalam erti kata lain, bagaimana situasi mood kita ketika hendak menulis. Kita boleh mengikut mood semasa kita. Apabila hari ini anda dalam situasi menyenangkan dan ceria, pilihlah episod-episod yang menggembirakan sebaliknya ketika anda di dalam situasi sedih, pilihlah episod-episod yang menyentuh hati, dan mulalah mengetuk keyboard anda dengan menterjemahan situasi kesedihan itu ke dalam episod tersebut. Pasti tulisan anda akan terkesan. Cukup mudah, bukan? Pendekata, di dalam situasi apa pun anda berada, samada gembira atau sedih, anda tetap mampu menulis. Kecuali jari jemari anda tidak berupaya lagi mengetuk huruf-huruf di keyboard!
Semoga Allah mengurniakan kesihatan tubuh badan, mental dan paling utama roh kita supaya apa yang kita tulis adalah untuk perkembangan dakwah Islam itu sendiri, mengajak manusia kembali kepada Penciptanya.
Terima kasih kepada sifu Puan Ainon dari Universiti Terbuka PTS yang banyak mencurahkan ilmu dan pengalaman beliau. Saya sebagai salah seorang mentee beliau merasa amat berbesar hati berpeluang menimba ilmu dan pengalaman darinya. Terima kasih, sifu!'
Bagi melihat nota detail sastera islami, lawatilah blog: http://www.sasteraislami.blogspot.com/

Monday, August 07, 2006

Indahnya Cintamu

Pagi itu, langit mula menguning dan burung-burung sahara enggan mengepakkan sayap mereka untuk terbang meninggalkan sarang mencari rezeki. Suasana hening gurun mencengkam seluruh kehidupan.
Pagi itu, Nabi Muhammad dengan suara terbata-bata, memberikan pesan, “Kita semua berada di dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Saya tinggalkan dua perkara untuk kamu, sunnah dan al Quran. Barang siapa mencintai sunnahku, akan masuk syurga bersama-samaku.”
Khutbah singkat diakhiri dengan tatapan redup ke wajah-wajah para sahabat yang berada di hadapannya satu per satu. Abu Bakar membalas renungan dengan mata berkaca-kaca. Dada Umar mula turun naik menahan sebak. Usman menghela nafas panjang manakala Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.
Petanda itu telah tiba. Saatnya akan muncul. “Rasululullah akan meninggalkan kita,” bisikan resah di kalangan sahabat-sahabat mula kedengaran. Manusia agung ini hampir selesai menjalankan tugasnya di dunia.
Petanda itu semakin jelas apabila Ali menyambut Rasulullah yang terjatuh ketika turun dari mimbar. Mahu sahaja mereka menyekat detik-detik masa dari terus berlalu. Mahu sahaja mereka menahannya.
Matahari semakin meninggi. Nabi Muhammad masih tidak keluar dari rumahnya. Beliau terbaring lemah. Peluh mengalir di keningnya dan membasahi pelepah tamar yang menjadi alas tidurnya. Para sahabat semakin resah di luar rumah.
Fatimah menemani dan merawat ayahnya. Tiba-tiba pintu rumah diketuk seseorang. Orang itu memberi salam dan bertanya, “Bolehkah saya masuk?”
“Maafkan saya kerana ayah masih demam dan tidak terdaya.”
Nabi Muhammad menoleh ke arah Fatimah dan bertanya, “Siapakah yang datang?”
“Saya tidak mengenalinya.”
Nabi Muhammad menatap wajah Fatimah dengan penuh teliti seolah mengamati untuk dikenangi. Katanya, “Tetamu itu ialah malaikat maut, Izrail!”
Menangislah Fatimah apabila mendengar kata-kata ayahnya. Malaikat Izrail menghampiri Nabi Muhammad.
“Mengapa Jibril tidak ikut sama?”
Izrail segera memanggil Jibril yang sedia menunggu di langit bumi.
“Jelaskanlah, apakah hak saya di hadapan Allah nanti?” Nabi Muhammad mengajukan soalan dengan nada yang semakin lemah kepada malaikat Jibril.
“Pintu-pintu langit sudah dibuka. Para malaikat sedang menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menyambut kedatanganmu!”
Wajah Nabi Muhammad tidak berubah. Dia memandang lemah dan cemas.
“Mengapa tuan tidak gembira mendengar khabar ini?”
“Khabarkan bagaimana keadaan umatku kelak.”
“Janganlah khuatir. Allah pernah berkata, 'Aku haramkan syurga bagi siapa sahaja kecuali umat Muhammad.'”
Detik dan saatnya semakin mendekat. Malaikat Izrail merapatkan diri untuk melaksanakan tugasnya. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh badannya bersimbah peluh. Urat-urat lehernya menegang... “Jibril...sakit sungguh sakratul maut ini...”
Perlahan-lahan suara Nabi Muhammad mengaduh menahan sakit. Fatimah menutup muka dengan tangannya sambil menangis. Ali menundukkan kepala semakin dalam manakala Jibril pula memalingkan mukanya.
“Jijikkah saya sehingga kamu berpaling?” tanya Nabi Muhammad tersekat-sekat menahan peritnya sakratul maut.
“Siapakah yang mampu melihat kekasih Allah direnggut ajal.”
Hampir sahaja Nabi Muhammad menjerit. “Ya Allah! Dahsyat sungguh tarikan maut ini! Timpakan sahaja siksa maut ini ke atasku dan jangan ke atas umatku!”
Badannya semakin mendingin. Kaki dan tangannya tidak bergerak lagi. Hanya mulut sahaja bergerak-gerak lemah mengatakan sesuatu seolah berbisik. Ali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah. “Peliharalah salat dan santunilah orang-orang yang lemah....”
Di luar pintu, suara tangis mula kedengaran bersahut-sahutan. Mereka menangis dan saling berpelukan. Fatimah menutup mukanya di samping Ali.
Ali terus mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang semakin kebiruan namun masih bergerak-gerak..... “Umatku! Umatku! Umatku!”

Tujuan Zionisme

Zionisme merupakan gerakan jahat dan perosak yang bertujuan menguasai dunia dan menghancurkan semua nilai selain Yahudi. Bagi mencapai tujuan tersebut, mereka menetapkan tiga langkah:
1. Mendirikan negara Yahudi di Palestin.
2. Memberikan khidmat kepada Yahudi Internasional.
3. Menjadikan dunia dalam genggaman Yahudi.

Wasilah-wasilah yang dipergunakan bagi menguasai dunia sebagaimana yang terangkul di dalam Protokol Zionis:
1. Menguasai ekonomi dunia dengan cara yang amat hina dan kasar.
2. Menyusup ke dalam sistem pemerintahan dan menciptakan pemerintahan-pemerintahan yang loyal terhadap mereka dan boleh diperalatkan untuk merealisasikan tujuan mereka.
3. Menghancurkan agama-agama lain dan menyebarluaskan teori-teori atheisme
4. Penguasaan media massa international dan penerbitan-penerbitan.
5. Menggunakan organisasi-organisasi rahsia seperti Free Masonry.
6. Menyebarkan perpecahan dan mengobarkan peperangan antara bangsa-bangsa di dunia.
7. Mempropagandakan slogan-slogan yang memikat tapi penuh tipuan seperti slogan; Kebebasan, Persaudaraan dan Persamaan.
8. Mempropagandakan anti semetisme.
9. Menguasai lembaga-lembaga pendidikan tinggi.

Perlu sedar, tujuan zionisme bukan sekadar menguasai Palestin sahaja tetapi akan meluas sampai se seluruh negara Arab yang terbentang dari Sungai Nil hingga ke Sungai Furat. Yahudi adalah bangsa yang selalu merencanakan programnya untuk mencapai sasaran dan tujuan jahatnya. Mereka tidak bergerak kecuali atas dasar perancangan dan programnya. Mereka tidak segan silu menggunakan apa saja cara demi mencapai apa yang diinginkan.

Ayuhlah umat Islam! Hadapi mereka dengan persiapan perancangan, kepakaran dan ilmu yang padu. Hanya satu cara berhadapan dengan mereka iaitu JIHAD. tidak diperbolehkan mengadakan perjanjian damai dengan zionisme setelah Nabi Muhammad membatalkan perjanjian dengan mereka kerana mereka sentiasa merosakkanperjanjian.

Kerjasama dan perjuangan mereka yang dimotivasi oleh agama dan kitab Talmud tidak cukup dihadapi dengan Arabisme, nasionalisme atau isme-isme lainnya. Mereka harus dihadapi dengan JIHAD dan UKHUWAH yang dimotivasikan oleh agama Islam.
Wallahu a'lamu bis showab.

"Ketika orang-orang kafir menanamkan ke dalam hati mereka kesombongan (iaitu) kesombongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (al Fath:ayat 26)

TERKINI!!!ketua Hizbullah meminta umat ISlam seluruh dunia membaca surah AL-FATH ayat 26 krn sejumlah 10000 tentera yahudi sedang memasuki Lebanon...

Debu pasir berterbangan
Ditiup angin
Menyentuh lembut wajah wajah kesayangan
Yang berdiri gagah di medan perjuangan

Tiupan angin yang tidak setara
Menyampai berita dari sahara
Kabarkan kisah para syuhada
Berjuangnya bukan dek kerna harta

Angin bertiup berpusar pusar
Ligat menyampai berita besar
Kepada semua makhluk yang tekun mendengar
Desir angin terus berputar

Telinga siapakah yang mendengar itu?
Bisikan angin diselubung pilu?
Wajah manakah yang merasa itu?
Sentuhan angin diselimut syahdu?

Tebaran angin memenuhi alam
Menyampai kabar dan salam
Dari segenap penjuru alam
Kepada seluruh umat Islam

Gelora angin berpusar hebat
Menyampai kabar kisah ummat
Yang dianiaya ke akhir hayat
Sedang segelintir dibuai nikmat

Tiupan angin bergerak laju
Menggesa agar terus maju
Apa lagi yang ditunggu tunggu
Oraklah langkah halakan tuju!!!

Angin merayu membisik sepi
Sana sini umat dikeji
Si kafir laknat berpuas hati
Melepas kesumat sesukahati

Gerak angin lembut bayu
Beralun sayu sambil menyeru:
Ayuh lah wahai teman temanku
Marilah berganding bersama-samaku

Kita perangi kafir durjana!!!!
Kita buru ke penjuru dunia!!!!
Biar gementar terbeliak mata!!!!
Inilah kami…..pahlawan syurga!!!!!

Bahaya Zionisme

Masalah Yahudi dan zionisme menjadi problem dunia. Hampir setiap bangsa tersentuh dengan kejahatannya. Louis Daste di dalam bukunya Yahudi dan organisasi rahsia mengatakan; Dalam setiap perubahanpemikiran besar terdapt pengruh Yahudi baik yang nampak ataupun rahsia. Sepanjang sejarah dunia, Yahudi memasukkan ribuan racun berbahaya!

Beberapa abad yang lalu kerana perbuatan mereka yang kejam, menghalalkan segala cara, mereka dikejar dan ditinda di Eropah. Ringkasnya, Yahudi adalah masalah dunia yang mendai sejarah semenjak kelahiran mereka di atas muka bumi ini. Perjalanan Yahudi menimbulkan masalah dari zaman ke zaman dari negara ke negara yang akhirnya menjadi masalah international yang belum dapat dipecahkan.

Untuk memahami hakikat Israel, Yahudi atau Zionisme, kita perlu memahami dasar-dasar yang membina keyahinan Yahudi. Agama Yahudi sebenarnya bersumberkan dua pokok:
1. Kitab Taurat. Kitab yang kita akui dan mengandungi wahyu yang dibawa oleh Nabi Musa.
2. Kitab Talmud. Kitab yang dianggap sebagai interprestasi dari kitab Taurat. Ia hasil karya cendikiawan pendeta Yahudi yang mendakwa kononnya ia juga adalah wahyu yang ketinggalan setelah Nabi Musa meninggal dunia. Muncul seorang rabi bernama Ydas. Dia menghimpun wahyu-wahyu yang dikatakan tercicir itu dan memberi nama kitab Mishnah. Kitab itu dianggap sebagai pelengkap ajaran Nabi Musa. Abad-abad seterusnya ia mengalami penambahan dan tambahan kemudiannya diberi nama pula Kitab Gemara. Gabungan kitab Mishnah dan Gemara terciptalah kitab Talmud.mereka letakkannya setaraf dengan kitab Taurat. Talmud merupakan manifesto yang paling berbahaya kepada perikemanusiaan. Ia lebih merbahaya daripada buku Mein Kampf, karya Hitler. Ia menggariskan penghancuran total semua agama dan peradaban yang ada di dunia, demi terciptanya sebuah masayarakat zionis internasional!

Sebahagian dari yang terkandung di dalam kitab Talmud; Israel bertanya kepada Tuhan, "mengapa Engkau ciptakan makhluk selain bangsa pilihanMu?" Tuhan menjawab, "Supaya kamu menaiki belakang mereka, menghisap darah mereka, membakar mereka yang baik, mencemari yang suci dan menghancurkan segala yan dibangunkan."

Inilah undang-undang pokok yang menentukan bagaimana Yahudi berhubungan dengan sesama manusia.